BERITA1MDBDebat 1MDB : Arul tempelak Pua, sindir Rafizi

Debat 1MDB : Arul tempelak Pua, sindir Rafizi

1mdb-arul-tony-talk-show

Presiden 1Malaysia Development Berad (1MDB), Arul Kanda mematuhi keputusan Speaker Dewan Rakyat berhubung isu debat, namun menempelak Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan menyindir Ali Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli kerana menjadikan isu 1MDB sebagai bahan agenda politik mereka.

“Apabila Tony Pua tidak mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC, pada 31 Oktober 2015, saya telah menarik balik syarat itu.

“Saya menyahut cabaran beliau tanpa sebarang syarat kerana YB Tony Pua telah membuat pelbagai dakwaan salah terhadap 1MDB dan saya secara peribadi, sehingga saya mahu umum berdebat secara umum untuk membetulkan beliau,” kata kenyataan Arul Kanda.

Menurutnya, Pua telah memilih untuk bersembunyi di sebalik keahlian PAC, untuk lari dari pertarungan yang beliau secara aggresif mendesak saya untuk menerima, sehingga akhirnya saya bersetuju tanpa sebarang syarat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami