Bunuh Bakar Di Tapah: Tiga bahan bukti baharu ditemukan - pakdin.my

bunuh-bakar-tapah-forensik

Polis mendapat petunjuk baharu yang mungkin dapat membantu siasatan kes pembunuhan empat individu di sebuah bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang di sini, berikutan penemuan beberapa barang dipercayai bahan bukti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, bahan bukti tersebut termasuklah tiga batang sepana, pam minyak gris dan jek kereta.

Menurutnya, kesemua barangan tersebut diambil dari bengkel milik lelaki berusia 57 tahun itu hasil daripada pengakuannya.

“Kesemua barang ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan diambil untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, siasatan tertumpu di lokasi kejadian iaitu di kawasan rumah dan bengkel namun sekiranya ada maklumat lain, kita akan menjalankan siasatan berdasarkan keterangan suspek,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, suspek utama dan anak lelakinya yang berusia 20 tahun dibawa sekali lagi ke kawasan bengkel milik mereka oleh pasukan penyiasat.

Dua beranak itu tiba kira-kira pukul 3.30 petang dengan menaiki sebuah van dengan diiringi sebuah kereta polis.

Mereka kemudiannya dilihat meninggalkan lokasi kejadian pada pukul 4.10 petang bersama beberapa barang bukti yang diambil dari kawasan bengkel tersebut.

UTAMABERITABunuh Bakar Di Tapah: Tiga bahan bukti baharu ditemukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium