BERITAPesta Liar Pusat Hiburan Tanpa Lesen - 16 Gadis Di Tahan

Pesta Liar Pusat Hiburan Tanpa Lesen – 16 Gadis Di Tahan

pesta-liar-pusat-hiburan-tanpa-lesen-jb (1)

Johor Bahru: Enam belas gadis berusia lingkungan 20-an adalah antara 25 individu ditangkap dalam pesta liar di pusat hiburan tanpa lesen, di Jalan Tebrau, di sini, 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata 175 pengunjung premis diperiksa dalam Ops Gempur bermula 12.30 tengah malam.

“Wanita yang juga pemilik premis ditahan keranan didapati beroperasi tanpa lesen dan lelaki yang dikehendaki mengikut Seksyen 15(1) ADB 1952 berkait laporan Jasin/1760/14 turut berjaya ditangkap.

“Hasil ujian air kencing mendapati 15 perempuan dan lapan lelaki positif dadah jenis amphetamine (AMP),” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, mereka yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enekmen Hiburan Negeri Johor dan Seksyen 15 (1) 1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

pesta-liar-pusat-hiburan-tanpa-lesen-jb (3)

pesta-liar-pusat-hiburan-tanpa-lesen-jb (2)

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami