BERITADua kedai musnah kebakaran di bandar Kuala Terengganu

Dua kedai musnah kebakaran di bandar Kuala Terengganu

kebakaran-waterfont-kuala-terengganu-1

KUALA TERENGGANU: Dua unit kedai di Jalan Petani, di sini, musnah dalam kebakaran sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar ini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, premis niaga yang terbakar membabitkan kedai gunting rambut dan kedai menjual telefon.

Tiga unit jentera yang dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api daripada marak ke unit kedai berhampiran.

Kejadian itu menyebabkan beberapa pemilik premis berhampiran berusaha menyelamatkan barangan dengan memindahkan barangan jualan ke lokasi selamat.

kebakaran-waterfont-kuala-terengganu-2

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Tiga feri penumpang terbakar di dermaga kapal Bukit Malut Langkawi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami