Zikir Perdana: Zikrullah 20,000 jemaah (video) - pakdin.my

zikir-perdana-2

zikir-perdana

Suasana malam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, bergema dengan alunan zikir menerusi penganjuran Majlis Zikir Perdana, di Masjid Putra.

Biarpun hujan lebat sejak 5 petang, ia tetap tidak mematahkan semangat mereka untuk datang lebih awal malah berjalan sejauh hampir satu kilometer untuk turut serta mengimarahkan masjid.

Pada masa sama, majlis berkenaan dianggap sebagai ‘Himpunan Ahli Zikir Terbesar di Malaysia’ serta dihadiri ulama antarabangsa daripada 10 negara di serata dunia.

Selepas solat Maghrib secara berjemaah, majlis bermula dengan Ratib Al-Attas, Asma Ul-Husna sebelum berhenti untuk solat Isyak secara berjemaah.

Kemudian, ia diteruskan dengan Selawat Nariyah, Khatam Khawajagan, Zikir Munajat, ceramah perdana, Doa Merdeka, Doa Imam Ghazali dan doa penutup.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, serta dihadiri kira-kira 20,000 umat Islam daripada pelbagai peringkat usia seluruh negara.

Beliau turut merasmikan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) Datuk Othman Mustapha dan Yang Dipertua PERTAMA, Datuk As’ari Ibrahim.

https://www.youtube.com/watch?v=PKcYG8tbbug
 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAZikir Perdana: Zikrullah 20,000 jemaah (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium