Bunuh Bakar Tapah: Mekanik Tidak Percaya Bekas Majikan Pembunuh

bunuh-bakar-tapah-mekanik

TAPAH: Seorang bekas pekerja kepada suspek utama kes pembunuhan empat individu di sini tidak percaya bekas majikannya itu boleh melakukan perbuatan jenayah kejam tersebut.

Xavier Thomas, 36, yang bekerja sebagai mekanik berkata suspek sentiasa memberi layanan yang baik sepanjang tempoh dua tahun bekerja di bengkel suspek di Kampar pada 1998.

Sebaik sahaja tamat sekolah, Xavier berkata dia kembali ke kampung halamannya selepas gagal mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia bertemu dengan suspek dan diambil bekerja di bengkel miliknya.

“Kebanyakan teknik membaiki kenderaan yang saya ketahui hari ini banyak dipelajari daripadanya. Dia ada kalanya mengajak saya makan tengah hari dan menghantar saya pulang ke rumah di Kampung Banir.

“Oleh itu saya terkejut apabila mendapat tahu berita mengenai penahanannya. Saya tidak percaya bahawa dia boleh membunuh seseorang, apatah lagi empat individu,” katanya ketika ditemui di sebuah bengkel miliknya yang terletak di Jalan Pahang di sini, Ahad.

Xavier berkata dia berhenti kerja selepas dua tahun kerana suspek lebih fokus dalam membaiki bas dan lori manakala dia lebih gemar membaiki kereta.

“Saya mahu membuka perniagaan sendiri. Saya bermula secara kecil-kecilan dengan membuka bengkel membaiki kereta,” katanya.

Xavier berkata dia sering terlihat suspek melalui bengkelnya semasa mengambil dan menghantar anak perempuannya pergi dan balik ke sekolah.

“Kami sentiasa bertegur sapa setiap kali terserempak antara satu sama lain,” katanya.

Xavier berkata kali terakhir dia bertemu dengan suspek kira-kira seminggu sebelum lelaki itu dan keluarganya ditahan pada 26 Oktober lalu.

“Saya menghantar seorang pelanggan ke bengkelnya kerana dia mahu membaiki lori yang rosak,” kata Xavier.

Ditanya sama ada dia menyedari kepulan asap dari bengkel lelaki itu kerana suspek dipercayai membakar mayat mangsa, Xavier berkata agak sukar untuk mengetahui sumber asap dari lokasi bengkelnya.

“Terdapat banyak bengkel di tepi jalan dan kepulan asap bukan sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...