BERITAMayat ibu dengan kesan lebam, dua anak ditahan

Mayat ibu dengan kesan lebam, dua anak ditahan

2-anak-ditahan-disyaki-bunuh-ibu-sendiri

Cheras: Polis menahan dua beradik berusia 25 tahun dan 22 tahun bagi membantu siasatan berhubung kematian ibu mereka di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Yah Wan Mat, 63, ditemui terbaring di ruang tamu selepas polis memecah masuk rumahnya pada kira-kira 3 petang tadi, susulan aduan jirannya berhubung limpahan air dari pintu utama rumah itu.

Beliau berkata pemeriksaan pegawai perubatan terhadap mayat Yah mendapati adanya kesan bengkak pada belakang kepalanya, mulut dan hidungnya berdarah, kedua-dua mata dan tepi mulutnya lebam selain bibirnya bengkak.

Polis turut menemui dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang merupakan penuntut universiti awam di dalam rumah itu, semasa memecah masuk kediaman keluarga itu, katanya di sini, hari ini.

“Pintu rumah berkenaan terpaksa dipecahkan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum polis menemui mayat mangsa dan kedua-dua anaknya dalam rumah itu,” katanya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami