UtamaPOLITIKDua Pemimpin UK Diberitahu...

Dua Pemimpin UK Diberitahu Anwar Dibenar Bawa Pakar Luar Negara – Zahid - pakdin.my

zahid-hugo swire-london

LONDON: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menjelaskan kepada dua pemimpin kerajaan United Kingdom (UK) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan rawatan pakar perubatan tempatan untuk mengubati masalah kesihatan yang dialaminya selain dibenarkan membawa pakar perubatan dari luar negara merawatnya di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire yang bertanya mengenai rawatan perubatan kepada bekas ketua pembangkang Malaysia itu semasa beliau bertemu mereka secara berasingan di sini pada Selasa dan Rabu.

Ahmad Zahid yang menamatkan lawatan empat hari ke UK pada Rabu berkata kedua-dua pemimpin itu bertanyakan soalan itu dengan mengaitkannya kepada sepucuk surat yang dihantar oleh Perdana Menteri UK David Cameron kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan mengenai rawatan yang diberikan kepada Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

Pada pertemuan itu, beliau juga telah menjelaskan kepada mereka bahawa Najib turut menerima surat daripada presiden Georgetown University yang melampirkan dua pucuk surat iaitu daripada Setiausaha Negara Amerika John Kerry dan penasihat keselamatan Amerika Susan Rice bertanyakan persoalan yang sama.

“Tentunya pertanyaan ini ada kaitan dengan gambaran solah-olahnya Anwar tidak langsung diberikan sebarang layanan yang sepatutnya, terutama dari segi pemberian rawatan dan perubatan yang sepatutnya diberikan.

“Saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia bahawa sesungguhnya Anwar telah diberikan rawatan yang sepatutnya.

“Ini termasuklah keputusan oleh Jabatan Penjara untuk membenarkan kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, datang ke Malaysia bagi menjalankan rawatan dan melakukan sebarang prosedur operasi terhadap sakit yang dialami oleh Anwar,” katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.

Ahmad Zahid juga menjelaskan kepada kedua-dua pemimpin UK itu bahawa pakar-pakar perubatan dari luar negara itu dibenarkan dibawa dan melakukan rawatan ke atas Anwar di mana-mana hospital kerajaan.

Beliau berkata mereka juga boleh membawa kumpulan doktor pakar termasuk pembantu perubatan yang diperlukan sesuai dengan masalah kesihatan yang dialami Anwar.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Anwar mengalami kecederaan bahu kronik.

Anwar, kata Ahmad Zahid kini ditempatkan di wad dalam Penjara Sungai Buloh dan telah diberikan rawatan perubatan di dalam penjara serta rawatan pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Penjelasan yang diberikan beliau itu, katanya telah mengejutkan kedua-dua pemimpin dari UK itu, barangkali kerana gambaran yang diberikan kepada mereka sebelum ini ialah Anwar seolah-olah langsung tidak diberikan sebarang rawatan oleh doktor pakar atau doktor-doktor di Malaysia.

Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak menyalah tafsir penjelasan itu sebagai menggambarkan bahawa Anwar diberikan layanan istimewa oleh pihak Jabatan Penjara tetapi ia hanya disebabkan keperluan terhadap rawatan oleh doktor pakar.

Beliau berkata khidmat doktor pakar dari luar negara yang memberikan rawatan kepada Anwar sebenarnya tidak perlu kerana hakikatnya ada doktor-doktor pakar dalam bidang yang sama di negara ini.

“Tetapi oleh kerana pihak Jabatan Penjara merasakan bahawa ia bagi memberi gambaran kepada komuniti antarabangsa bahawa kita memberikan layanan mengikut asas kemanusiaan, maka keputusan itu harus diterima dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka oleh semua pihak dan ia bukannya memberi sebarang keistimewaan kepada Anwar.

“Saya harap pihak keluarga menerima keputusan Jabatan Penjara itu dengan berlapang dada kerana beberapa pertanyaan telah dibuat dalam persidangan Dewan Rakyat terutamanya apabila perbahasan mengenai belanjawan yang menyentuh pertanggungjawaban Kementerian Dalam Negeri, khususnya penjara yang digambarkan seolah-olah tidak ada rawatan, layanan pertemuan dan juga bantuan guaman diberikan kepada Anwar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata jemaah menteri telah dimaklumkan bahawa terdapat hampir 200 lawatan semasa Anwar dalam tahanan penjara sama ada daripada pakar perubatan, doktor-doktor perubatan, peguam-peguam yang mengendalikan 16 kes Anwar yang masih berjalan di mahkamah selain pertemuan anggota keluarga sama ada di penjara ataupun di hospital ketika beliau menerima rawatan.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak dapat memenuhi permohonan beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan pemimpin politik antarabangsa untuk bertemu Anwar, katanya.

Beliau berkata ini kerana Akta Penjara serta tatacara dan perundangan sedia ada dan seseorang yang berada dalam tahanan tidak seharusnya mendapat sebarang keistimewaan kerana beliau seorang yang dikenali ramai.

Ahmad Zahid berkata beliau berharap penjelasannya itu akan memberikan gambaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Anwar bukan kerana kesalahan politik dan beliau bukan tahanan politik.

Anwar telah melalui proses perundangan yang keputusannya bukan keputusan kerajaan tetapi keputusan mahkamah mengikut sistem keadilan di Malaysia dan ia tidak ada kena mengena dengan kononnya ada campur tangan daripada pihak kerajaan dalam perbicaraan berkenaan, katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan yang diberikannya itu adalah dalam pengetahuan semua ahli jemaah menteri dan ia telah dikemukakan sebagai laporan daripada Jabatan Penjara kepada Jemaah Menteri.

“Saya harap isu ini tidak dipolemikkan sama ada oleh pihak pembangkang atau mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai isu kerana kesalahan dan proses undang-undang telah berjalan dan Jabatan Penjara menjalankan tugasnya sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang dan peraturan penjara,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...