BERITAALAM SEKITARJalan lama KL-Bentong ditutup akibat runtuhan kecil

Jalan lama KL-Bentong ditutup akibat runtuhan kecil

tanah-runtuh-jalan-lama-bentong

BENTONG: Jalan lama Kuala Lumpur-Bentong yang boleh dijadikan sebagai laluan alternatif ke arah Pantai Timur, ditutup berikutan terdapat beberapa runtuhan kecil di sepanjang laluan itu.

Difahamkan, pihak berkuasa mula menyedari keadaan di jalan itu awal pagi tadi sebelum menutup laluan itu bermula di hadapan Sekolah Menegah Kebangsaan Bukit Tinggi sehingga Bentong sejauh kira-kira 30 kilometer.

Kebanyakan kenderaan dari arah Kuala Lumpur cuba memilih menggunakan jalan itu bagi mengelakkan kesesakan di di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat tanah runtuh di Kilometer 52.4 semalam, namun terpaksa berpatah balik.

Tinjauan BH di jalan itu mendapati beberapa runtuhan kecil serta pokok tumbang boleh merisikokan keselamatan pengguna dan keadaan berkemungkinan bertambah teruk sekiranya hujan pada petang ini.

Bagaimanapun, sebahagian daripada runtuhan itu sudah dibersihkan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

El Niño dah datang, dan kali ni katanya super kuat!

Terkini:

Mengenai kami