Isu dana YaPEIM: Usaha Akmal aibkan Jamil Khir - pakdin.my

Selain mendapatkan penjelasan daripada Jamil Khir, Akmal juga sepatutnya mendapatkan maklumat daripada YaPEIM terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan itu

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir dituduh cuba mengaibkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu penyalahgunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Tuduhan itu dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan apabila menyifatkan Akmal sebenarnya bukan mahu mencari kebenaran dalam isu berkenaan.

Katanya, perkara itu terbukti apabila Akmal tidak mendapatkan penjelasan lanjut terlebih dahulu mengenai perkara itu daripada Jamil Khir sebelum mengadakan sidang media pada Jumaat lepas.

“Nampaknya Akmal Nasir atau NOW tidak berminat untuk mencari kebenaran. Mereka lebih berminat nak cari cara aibkan orang.

“Kenapa sanggup aibkan seorang menteri agama bila Akmal Nasir hanya sekadar nak bertanya? Kenapa tak tanya YaPEIM dahulu sebelum buat PC?,” tulisnya di twitter.

Abdul Rahman turut mempersoalkan laporan polis yang dibuat oleh Akmal dengan menjelaskan laporan itu hanya menyatakan tujuh soalan dan bukannya fakta sebenar yang boleh mengaitkan Jamil Khir dengan dakwaannya itu.

Jelas beliau, Akmal seharusnya mendapatkan juga penjelasan daripada pihak YaPEIM terlebih dahulu mengenai perbelanjaan menteri itu ke Amerika Syarikat dan tidak membuat tuduhan secara melulu.

UTAMAPOLITIKIsu dana YaPEIM: Usaha Akmal aibkan Jamil Khir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium