BERITAAnak perempuan tikam bapa kerana tak restui hubungan sejenis

Anak perempuan tikam bapa kerana tak restui hubungan sejenis

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut akibat ditikam di bahagian leher oleh anak perempuannya di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata mangsa ditikam sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur oleh anak gadisnya yang marah hubungannya dengan seorang gadis lain tidak direstui.

“Polis menerima panggilan pada kira-kira pukul 10.49 pagi berhubung kejadian itu dan mangsa telah dibawa keluarganya ke Hospital Selayang untuk dirawat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya polis telah menahan suspek berusia 18 tahun terbabit yang masih bersekolah susulan kejadian berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami