Keistimewaan Tim. Presiden rasmi sayap parti hanya tradisi bukan hak - pakdin.my

“Tradisi Timbalan Presiden mengisytiharkan pembukaan mesyuarat sayap hanyalah sekadar tradisi.

“Ia hanya satu keistimewaan yang diberikan kepada timbalan. Ia bukan hak dan manakala hak tidak boleh diambil dari seseorang, keistimewaan pula perlu diperolehi. Dan keistimewaan itu boleh hilang jika ia disalahgunakan.”

Itu kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berhubung perubahan seketika program perasmian saya-sayap UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Dis. ini.

Menurutnya, penghormatan merasmikan acara-acara itu bukanlah hak  peribadi Timbalan Presiden parti tetapi “keistimewaan” secara tradisinya yang diberikan kepada timbalan presiden, namun boleh dibatalkan jika ia digunakan secara tidak wajar.

Salleh di laman blognya mengulas isu perasmian sayap-sayap UMNO yang pada kali ini akan dilakukan ketua sayap masing-masing dan tidak lagi oleh timbalan presiden seperti sebelum ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menyuarakan kekecewaannya lantaran keputusan Majlis Tertinggi UMNO itu dakwanya menafikan hak beliau yang telah merasmikan perhimpunan tiga sayap UMNO sebagai Timbalan Presiden sejak tempoh enam tahun yang lalu.

Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa keputusan itu adalah ekoran permintaan ketua-ketua sayap yang mahu merasmikan sendiri perhimpunan mereka.

Beliau juga menafikan bahawa langkah itu bertujuan untuk mendiamkan Muhyiddin.

Menurut Salleh, cubaan untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Perdana Menteri, menerusi pelbagai dakwaan palsu yang boleh mendorong kekalahan UMNO pada  pilihan raya umum akan datang juga adalah tidak selaras dengan tradisi parti.

“Jika kita ingin bercakap mengenai pengekalan tradisi parti dan tidak lari dari tradisi parti, maka kita perlu melihat ia secara keseluruhan dan tidak mengambil hanya yang sesuai dengan selera,” katanya.

Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan daripada Kabinet persekutuan Julai lalu susulan kritikan terbuka terhadap kepimpinan kerajaan berhubung pengendalian isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

UTAMAPOLITIKKeistimewaan Tim. Presiden rasmi sayap parti hanya tradisi bukan hak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium