Kadar tol PLUS 'HANYA' dinaikkan atas persetujuan kerajaan – Rosnah - pakdin.my

“Namun, perlu diingat. Perjanjian apapun, kenaikan tol perlu bergantung kepada persetujuan kerajaan, sama ada untuk menaikkan tol ataupun tidak.

“Dalam erti kata lain, kerajaan hanya bersetuju kepada kenaikan tol sekiranya tujuan itu dicapai secara bersama.

TOL-1

Kadar caj tol PLUS Expressway Berhad berkemungkinan akan meningkat sebanyak 5 peratus tahun depan susulan semakan semula perjanjian konsesi lebuh raya tersebut.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata PLUS dibenarkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun bermula tahun 2016 sehingga penamatan tempoh konsesi pada 2038.

“Namun, perlu diingat. Perjanjian apapun, kenaikan tol perlu bergantung kepada persetujuan kerajaan, sama ada untuk menaikkan tol ataupun tidak.

“Dalam erti kata lain, kerajaan hanya bersetuju kepada kenaikan tol sekiranya tujuan itu dicapai secara bersama.

“Saya tidak pernah menyatakan bahawa akan ada peningkatan..tapi semuanya bergantung kepada kerajaan. Kenaikan tol sebanyak 5 peratus itu berdasarkan penstrukturan yang berlaku pada PLUS yang berlaku pada 2011,” kata Rosnah ketika ditemui media yang meminta beliau menjelaskan isu tersebut.

Katanya, jika dahulu caj tol PLUS dinaikkan pada kadar 10 peratus namun selepas penstrukturan semula konsesi, PLUS hanya akan menaikkan caj dengan kadar 5 peratus pada setiap tiga tahun atas persetujuan kerajaan.

Jelas Rosnah, kerajaan mempunyai hak untuk menilai permohonan PLUS untuk menaikkan tarif tol selepas menilai semula Indeks Bayaran Pengguna (Consumer Price Index) dan jumlah trafik yang telah diaudit.

Sebelum ini, peningkatan tarif caj lebuh raya PLUS adalah 10 peratus setiap tiga tahun dengan perkiraan 13.96 sen setiap kilometer.

Beliau pada masa sama menafikan spekulasi yang dilaporkan beberapa portal berita yang kononnya Kerajaan telah bersetuju untuk PLUS manaikkan tarif tol pada tahun depan.
Sebelum itu, di Dewan Rakyat Rosnah berkata jumlah keuntungan selepas cukai PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta.

Jelas beliau jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.


Jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Dewan Rakyat

Kadar bayaran tol PLUS  Expressway Berhad dijangka akan naik lima peratus tahun hadapan berikutan semakan semula perjanjian pemegang konsesi lebuh raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, PLUS kemungkinan akan membenarkan kenaikan kadar tol sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun bermula 2016 sehingga tamat tempoh konsesi pada tahun 2038.
“Bagaimanapun kerajaan akan mempunyai kuasa untuk menilai permohonan kadar kenaikan tol PLUS selepas mengambil kira Indeks Harga Pengguna dan pengesahan jumlah audit trafik.
“Ini bermakna, ia tidak akan ada kenaikan secara automatik,” jelasnya menjawab soalan yang diajukan oleh Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) di Parlimen pada Isnin.
Jelas beliau, syarat-syarat baharu kajian semula tempoh konsesi itu tidak termasuk pengurusan PLUS Jambatan Pulau Pinang.
Beliau berkata, PLUS  telah melaksanakan kadar tol 2015 berdasarkan kajian perjanjian konsesi pada tahun 2011.
Katanya, kenaikan yang dibenarkan sebelum ini ialah 10% setiap tiga tahun berdasarkan pengiraan 13.96 sen bagi setiap kilometer.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Haji Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), Rosnah berkata PLUS hanya mendapat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada jumlah RM2.16 bilion hasil kutipan keseluruhan tol tahun lepas.
Menurut Rosnah, ia berdasarkan kepada 506 juta buah kenderaan yang menggunakan lapan lebuh raya di bawah pengurusan PLUS pada 2014.
Katanya, sebahagian besar daripada hasil kutipan syarikat itu digunakan untuk membayar balik pinjaman (50%) dan selebihnya digunakan sebagai kos operasi dan penyelenggaraan (20% hingga 25%), kerja-kerja menaiktaraf (15%) dan pulangan kepada pemegang saham (10%).
Rosnah berkata, PLUS dimiliki Khazanah Nasional Berhad (51%) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (49%).
Isnin lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan kepada Parlimen bahawa RM214 juta  telah diperuntukkan di bawah Bajet 2016 untuk membayar pampasan kepada PLUS.
Beliau berkata, pampasan itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kadar tol tidak dinaikkan secara maksimum oleh pengendali lebuh raya.

 

UTAMAKadar tol PLUS 'HANYA' dinaikkan atas persetujuan kerajaan - Rosnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium