UtamaNASIONALBORNEOPM Bentang Persempadanan Semula...

PM Bentang Persempadanan Semula Pilihan Raya Sarawak, Cadang Tambahan 11 Bahagian - pakdin.my

spr-sempadan-semula-kawasan-pilihanraya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Rakyat, yang menyaksikan cadangan tambahan 11 bahagian.

Najib berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesyorkan jumlah Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak ditambah sebanyak 11 bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan 82 bahagian.

Katanya syor itu telah diwartakan untuk dikuatkuasakan pada 5 Disember 2014.

“Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu,” katanya ketika membentangkan usul berkenaan.

Katanya pertambahan bahagian pilihan raya ini akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam kawasan bahagian pilihan raya negeri itu.

“Ia akan lebih memudahkan wakil rakyat serta penduduk untuk berinteraksi bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan kebajikan penduduk serta merancakkan lagi pembangunan di kawasan bahagian pilihan raya negeri tersebut,” katanya.

Najib berkata bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan, walaupun tiada perubahan bilangan tetapi terdapat perubahan sempadan ke atasnya yang disebabkan oleh pembetulan sempadan bahagian pilihan raya serta pembentukan Bahagian Pilihan Raya Negeri yang baharu.

Katanya, turut disyorkan pindaan nama ke atas satu Bahagian Pilihan Raya Persekutuan di Sarawak iaitu P198 Puncak Borneo di mana nama asal adalah Mambong.

“Disyorkan juga pindaan nama ke atas empat Bahagian Pilihan raya Negeri iaitu N19 daripada Bengoh kepada Mambong, N34 daripada Batang Air ke Batang Ai, N41 daripada Belawai ke Kuala Rajang dan N68 daripada Kidurong ke Tanjong Batu,” katanya.

Perdana Menteri berkata pembahagian pemilih berdaftar yang sama rata bagi setiap Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di Sarawak adalah sukar untuk dilaksanakan kerana terdapatnya kawasan luar bandar yang keadaan topografi dan demografinya yang sangat berbeza antara satu sama lain.”

Ini secara tidak langsung telah mewujudkan kekangan dari segi lokasi yang terpencil, jarak antara lokasi di kawasan pedalaman yang amat jauh serta jalan perhubungan serta pengangkutan yang terhad.

“Hal demikian menyebabkan konsentrasi penduduk di kawasan bandar adalah jauh lebih tinggi berbanding penduduk di kawasan luar bandar,” kata Najib.

Beliau berkata SPR sedaya upaya berusaha untuk meringankan beban wakil rakyat, khususnya bagi kawasan di mana kemudahan perhubungan dan pengangkutan adalah sangat terhad.

“Adalah diharapkan agar syor-syor tersebut dapat membantu wakil rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan serta meningkatkan taraf ekonomi dan merancakkan pertumbuhan pembangunan di kawasan luar bandar,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengkaji dengan teliti syor-syor yang dibuat dalam laporan tersebut dan tidak mencadangkan apa-apa pengubahsuaian kerana Kajian Semula Persempadanan ini telah dilaksanakan sepenuhnya berlandaskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri itu kemudian disokong oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...