Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBORNEOPersempadanan Semula Dun Sarawak,...

Persempadanan Semula Dun Sarawak, Sepintas Lalu - pakdin.my

persempadanan semula dun sarawak

Sebelas kerusi baharu Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan diwartakan pada bila-bila selepas dibawa ke Dewan Negara nanti akan menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak bertambah menjadi 82.

Tiga daripadanya kawasan majoriti kaum Melayu atau Melanau, tiga majoriti kaum Iban, dua majoriti Orang Ulu, dua majoriti kaum Bidayuh dan satu majoriti kaum Cina.

Usul mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak itu dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pagi tadi, dan ia diluluskan pada sebelah petangnya dengan 130 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 72 lagi menolak.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Stephan Rundi ketika dihubungi petang ini berkata seluruh rakyat Sarawak, terutama penduduk di kawasan luar bandar berterima kasih kepada Anggota Parlimen yang menyokong usul itu.

Menurutnya BN belum membuat keputusan mengenai pembahagian kerusi, dan ia hanya akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN Negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem nanti.

Adenan sebelum ini mengumumkan lima daripada kawasan baharu itu akan ditandingi parti yang diterajuinya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang tidak pernah kalah walau satu kerusi sekalipun dalam mana-mana pilihan raya negeri sebelum ini.

Sepintas lalu, hampir semua kawasan baharu itu dilihat membabitkan kawasan luar bandar, dengan majoriti kaum Melayu/Melanau berada di kawasan N26 Gedong, N40 Kabong dan N57 Tellian, manakala majoriti kaum Iban di N17 Stakan, N63 Bukit Goram serta N70 Samalaju, majoriti Orang Ulu di N66 Murum dan N78 Mulu, Bidayuh di N18 Serembu serta N23 Bukit Semuja, dan satu majoriti kaum Cina di N13 Batu Kitang.

Adenan sendiri sebelum ini mengakui bahawa ramai kalangan penyokong kerajaan terdiri daripada pengundi kawasan luar bandar, dan kerajaan negeri sentiasa menghargai sokongan itu, dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk mereka.

Di Dewan Undangan Negeri ketika ini di pihak kerajaan, PBB memiliki 35 kerusi; manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) enam; Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) enam; dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) lapan, manakala di pihak pembangkang pula, DAP mempunyai 12 kerusi dan PKR, tiga, dan satu lagi kerusi Bebas.

Bagaimanapun, ketika ini wakil SUPP dan SPDP dalam Dewan Undangan Negeri kini sudah berkurangan apabila ada kalangan ADUNnya bertindak keluar parti dan masing-masing menubuhkan parti UPP dan Teras yang diisytihar “mesra BN”.

Selain Adenan, Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing sudah menyuarakan harapan untuk bertanding di dua daripada kerusi baharu itu, manakala SPDP pula turut berhajatkan dua.

Ramai yang meramalkan tiga kerusi majoriti Melayu/Melanau (Gedong, Kabong dan Tellian) akan ditandingi PBB, manakala dua lagi adalah Triboh dan Serembu boleh dikatakan pertaruhan terbaiknya.

Triboh hampir pasti ditempah PBB kerana ia dibentuk daripada sebahagian dua kawasan sedia ada, Tebedu dan Kedup, yang masing-masing diwakili ahli PBB, manakala Serembu pula diwujudkan daripada sebahagian DUN Bengoh, yang diwakili anggota SUPP dan DUN Tarat, yang diwakili ahli PBB.

Sementara itu, jika kata sepakat dicapai antara PRS dan SPDP, PRS hampir pasti akan memperoleh kawasan yang diintainya iaitu di Bukit Goram dan Murum, manakala dua lagi kawasan majoriti Iban, itu Stakan dan Samalaju, boleh ‘ditempah’ oleh SPDP.

Tumpuan ramai pastinya terarah kepada kawasan Batu Kitang untuk melihat sejauh mana kaum Cina yang menjadi majoriti di kawasan itu menyokong kerajaan.

Memandangkan Batu Kitang adalah kawasan pecahan daripada DUN Kota Sentosa dan DUN Batu Kawah yang kedua-duanya diwakili DAP, pasti ramai yang menjangka DAP pastinya akan turun gelanggang di sini.

Bagaimanapun, satu lagi sekutu pembangkang, PKR awal-awal lagi sudah membuat gerak kerja di lapangan Batu Kitang, malah sudah mengemukakan beberapa nama yang kemungkinan menjadi calon mereka di kawasan itu nanti.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dihubungi baru-baru ini berkata gabungan parti pembangkang, Gerakan Harapan Baru akan berbincang untuk mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi apabila tiba masa nanti.

Katanya ketika ini terlalu awal untuk dibuat rumusan kerusi mana yang akan ditandingi PKR, namun pastinya ia mahukan kawasan yang memang secara tradisinya pernah ditandinginya, selepas kerja-kerja lapangan jenuh diusahakan selama ini untuk mengukuhkan sokongan.

Di pihak BN pula umum mengetahui bahawa parti komponennya yang didominasi kaum Cina yang pastinya disandar harapan untuk bertanding di kawasan ini kini sedang berhadapan masalah besar, malah masalah yang sama turut dialami SPDP yang menyaksikan perpecahan dalaman sehingga melahirkan parti serpihan UPP dan Teras.

Di atas kertas, pembangkang mungkin agak sukar untuk memberi cabaran besar di 11 DUN baharu itu, namun umum tahu bahawa sokongan parti di sesebuah kawasan itu boleh beralih disebabkan beberapa faktor seperti undi protes, pemilihan calon tidak ‘mesra pengundi’, ataupun faktor perbalahan, perebutan, mahupun pertikaian dalaman.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480