Mahasiswa Dapat Gambaran Jelas TPPA, 1MDB

mahasiswa-pemanas-2

Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 3.0 telah memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Rata-rata mahasiswa yang ditemui menyifatkan persidangan itu menjadi platform terbaik bagi mereka mendapatkan maklumat lebih tepat, sekali gus menepis dakwaan negatif terhadap IMDB dan TPPA.

Mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd Taufik Kinson, 20, berpendapat banyak mahasiswa hari ini mempercayai sumber-sumber maklumat daripada media sosial yang faktanya belum dapat disahkan lagi.

“Sebagai mahasiswa kita mempunyai pilihan sama ada mahu menerima atau menolak maklumat itu kerana tidak semua yang disebarkan melalui media sosial adalah tepat dan benar.

“Adalah menjadi tanggungjawab untuk memperhalusi dan meneliti setiap penyebaran maklumat yang diterima agar ia tidak menimbulkan fitnah dalam masyarakat,” katanya selepas persidangan empat hari itu yang berakhir di sini, Ahad.

Katanya, beliau juga berpuas hati dan yakin dengan penjelasan secara langsung daripada Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai dakwaan kemelut syarikat itu.

“Apabila Arul terangkan secara langsung kepada kami tentang bagaimana urus tadbir dan pengaliran wang dalam 1MDB…ia sama sekali berbeza dengan cerita daripada cakap-cakap mulut orang,” katanya.

Alumni mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Nur Azizah Samad, 23, pula berkata, setiap cadangan dasar kerajaan seperti TPPA mempunyai kebaikan dan keburukannya.

“Mungkin dari satu sudut kita melihatnya negatif, tetapi selaras negara yang menuju kepada status negara maju menjelang 2020, kita harus melihat impaknya secara menyeluruh dan dalam jangka masa panjang.

“TPPA misalnya akan memberi peluang kepada bakal graduan untuk meneroka potensi kerjaya pada tahap tertinggi termasuk di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Sekretariat Mahasiswa Nasional, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Syafiqah Daud, 20, berkata selain penerangan isu-isu semasa, PEMANAS juga menjadi peluang bagi mahasiswa mengenali lebih dekat sumbangan dan peluang kerjaya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas.

Dalam pada itu, mengulas penganjuran persidangan kali ini, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata, sesi penerangan mengenai 1MDB dan TPPA akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

“Selain itu, Akademi Minda juga akan membuat susulan melalui bengkel yang berterusan dengan harapan jika masih ada masalah kecelaruan kita akan dapat terangkan,” katanya kepada Bernama selepas ucapan penangguhan persidangan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Selain sesi penjelasan isu semasa bersama menteri kabinet, persidangan yang bertemakan ‘Mahasiswa Arkitek Masa Hadapan’ itu turut membincangkan isu berkaitan pendidikan, ekonomi, politik dan agama.

mahasiswa-pemanas

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...