Pemotong Rumput Maut Dirempuh Komuter Ketika Selfie

Pemotong Rumput Maut Dirempuh Komuter Ketika Selfie

selfie-dirempuh-komuter

NILAI — Akibat mahu membuktikan kepada majikannya dia sudah selesai memotong rumput, seorang lelaki maut ketika melakukan ‘selfie’ selepas dirempuh komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mangsa, A. Renishkumar, 20, adalah pekerja kontrak potong rumput dalam kawasan milik KTMB dan kejadian berlaku di sempadan Nilai-Mantin dekat sini.

Menurutnya anggota Balai Polis Nilai menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 11 pagi.

“Siasatan awal mendapati selepas selesai memotong rumput, mangsa dikatakan berdiri di landasan keretapi untuk mengambil gambar bagi membuktikan kepada majikannya bahawa rumput telah dipotong.

“Semasa mengambil gambar itu, mangsa tidak sedar tren sedang menghampirinya walaupun rakan-rakannya yang lain memanggilnya tetapi tidak didengarinya. Akibatnya tren itu telah merempuh mangsa dan dia mati di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut, katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

KTM Kulai- JB: Tren lama tapi tambang 3 kali lebih mahal dari komuter Lembah Klang

Pemuda dikhuatiri lemas di Jeram Mawar

[Video] Tanah runtuh Gunung Jerai, 3 disahkan maut

[Video] Wanita warga emas maut kebakaran, suami melecur

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami