BERITAMayat Wanita Ditemui Terapung Di Perairan Pulau Nunuyan

Mayat Wanita Ditemui Terapung Di Perairan Pulau Nunuyan

pulau nunuyan

SANDAKAN — Mayat seorang wanita ditemui terapung di laut berhampiran Pulau Nunuyan Laut di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata mayat itu ditemui kira-kira 7 pagi oleh seorang penduduk Pulau Nunuyan yang sedang menaiki bot, lalu menarik mayat itu hingga berdekatan Pos Pasukan Gerakan Am di pulau itu.

“Ketika ditemui, mayat itu memakai seluar pendek paras lutut berwarna coklat dan bercoli hitam. Tiada pengenalan diri ditemui, dia dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an,” katanya di sini, hari ini.

Mayat itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Zabidi berkata pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran pada mayat itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami