BERITAPOLITIKLebih Kurang 30 Orang Berhimpun Sokong Muhkriz Di Sungai Petani

Lebih Kurang 30 Orang Berhimpun Sokong Muhkriz Di Sungai Petani

Lebih Kurang 30 Orang Berhimpun Sokong Muhkriz Di Sungai Petani

Dianggarkan tidak kurang daripada 30 orang berkumpul di Dataran Jam Besar Sungai Petani bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir petang tadi.

Himpunan yang bermula sejurus selepas solat jumaat itu antara lainnya untuk memastikan Mukhriz terus kekal mentadbir kerajaan negeri.

Terdahulu Muhkriz dilihat meluangkan masa bersalaman dengan orang ramai sejurus selepas menunaikan solat jumaat di masjid Sungai Layar, di sini.

Para penyokong Mukhriz sebelum ini dilihat menyebarkan poster bagi menyeru orang ramai untuk hadir dan berhimpun bagi menunjukkan tanda sokongan.

Tidak cukup dengan itu, laman-laman Facebook yang menyokong Mukhriz turut menyebarkan risalah berhubung himpunan tersebut.

“Tidak ramai yang tahu mengenai himpunan pada hari ini, mungkin sebab itu kehadiran agak mengecewakan.

“Apa yang penting, kami ingin menyampiakan mesej kepada pemimpin atasan untuk memastikan Mukhriz terus kekal menerajui pentadbiran negeri” kata salah seorang peserta himpunan yang ditemui sebentar tadi.

Rabu lalu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai pimpinan parti peringkat negeri menyatakan rasa tidak yakin mereka kepada kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno negeri.

Ahmad Bashah adalah Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah.

Mendakwa mendapat sokongan daripada semua ketua bahagian di negeri itu Ahmad Bashah meminta Najib campur tangan dengan mengetepikan Mukhriz daripada jawatan menteri besar. – SuaraTV

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami