NASIONALSABAHSeluar Dalam, Kondom Digantung Di Laluan Pendakian Dekat Penampang

Seluar Dalam, Kondom Digantung Di Laluan Pendakian Dekat Penampang

Seluar Dalam, Kondom Digantung Di Laluan Pendakian Dekat Penampang

KOTA KINABALU: Gambar lebih 20 seluar dalam yang dilekat bersama kondom di pokok di laluan mendaki Penampang mendapat perhatian ramai netizen.

Gambar itu didedahkan seorang pendaki menerusi laman sosial Facebooknya sebelum ia dipaparkan oleh Buletin Penampang.

Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun berkata, pihaknya telah menghantar wakil untuk membuat pemeriksaan di kawasan yang didakwa selepas heboh mengenai penemuan tersebut.

“Mereka menemui seluar dalam itu tetapi tidak terjumpa sesiapa, malah penduduk berdekatan juga tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya cuba mengesan pemilik tanah persendirian itu untuk membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supritendan Rosley Hobden berkata, anggota yang dihantar ke tempat kejadian tidak menemui sebarang seluar dalam seperti yang didakwa.

“Tiada laporan polis dibuat setakat ini,” tambahnya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami