BERITAPolis siasat insiden amuk 50 lelaki di pasar borong

Polis siasat insiden amuk 50 lelaki di pasar borong

Polis siasat insiden amuk 50 lelaki di pasar borong

Polis sedang menyiasat insiden serangan dan rompakan membabitkan lebih 50 lelaki di beberapa kedai di Pasar Borong Kuala Lumpur yang menyebabkan beberapa peniaga dan pekerja cedera pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, sekumpulan lelaki tempatan dipercayai ahli kongsi gelap dilaporkan mengamuk dan merosakkan pelbagai barangan di kedai yang diserang selain turut merompak barangan di sebuah kedai serbaneka di lokasi sama.

“Lebih 50 lelaki menyerang saya. Ada yang menumbuk dari belakang menyebabkan kepala saya cedera. Saya melarikan diri keluar dari pasar.

“Ketika melarikan diri mereka membaling saya dengan kerusi,” kata seorang peniaga ayam yang hanya mahu dikenali sebagai Yun, 28.

Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit turut membaling batu dan merosakkan barangan di kedainya dan beberapa kedai lain di kawasan berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami