MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ombak Besar: 8 keluarga Kampung Mengabang Telipot berpindah

ombak besar mengabang telipot

KUALA TERENGGANU: Lapan keluarga dari Kampung Mengabang Telipot di sini mula berpindah ke kawasan selamat sejak lewat malam tadi berikutan fenomena ombak besar.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Nerus, Lt M Ahmad Kamal Hakim, berkata sebuah rumah telah ranap manakala dua buah lagi dalam keadaan teruk akibat dipukul ombak.

Ketika dihubungi hari ini, beliau mengingatkan penduduk di pesisir pantai supaya berhati-hati dengan keadaan ombak yang bergelora kerana berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena sedemikian akan berlanjutan sehingga esok.

Beliau berkata keluarga tersebut berpindah ke rumah keluarga terdekat masing-masing.

Fenomena air pasang besar yang melanda Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Mengabang Telipot di Kuala Nerus menyebabkan lebih 20 buah rumah yang terletak berhampiran pantai digenangi air laut.

Menurut seorang penduduk, Zulkifli Yusof, 46, air pasang besar mula berlaku sejak petang semalam namun lewat malam tadi keadaannya lebih buruk sehingga air masuk ke dalam rumah.

“Sekarang ini memang tak tenteramlah nak tidur pun tidak boleh bila fikir rumah mula dimasuki air ombak dan bimbang ombak makin besar.

“Jadi sekarang ni kita sedang berjaga-jaga dan pindahkan barangan berharga ke lokasi yang lebih selamat,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk Yusri A. Rashid, 30, berkata walaupun mereka pernah mengalami fenomena sedemikian namun pada kali ini ombak terlalu besar disusuli angin kencang.

Katanya jarak antara pantai dan kediaman mereka yang terlalu hampir menyebabkan air mula melimpah ke dalam kawasan rumah.

“Saya harap pihak tertentu dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, 27 pegawai dan anggota bomba termasuk Bomba Sukarela bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian manakala polis serta Jabatan Pertahanan Awam turut menempatkan anggota mereka untuk memantau keadaan dan membantu penduduk terbabit.

Berkaitan

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Terkini

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

Adakah seorang jurutera yang cuai bertanggungjawab melumpuhkan Heathrow?

George Foreman, bekas juara tinju heavyweight meninggal dunia

[VIDEO] Peniaga petai tular dapat ganti rugi

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag
Berkaitan

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

DUNIA