@NajibRazak tidak bersalah kes derma RM2.6 bilion, SRC International – Peguam Negara - pakdin.my

Apandi berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

apandi ali_peguam negara_derma politik
Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti yang cukup untuk mengaitkan perdana menteri dengan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan ketiga-tiga siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Berhad dan dakwaan dana ‘RM2.6 bilion’, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Tiada apa-apa kesalahan jenayah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini berhubung siasatan kes berkenaan.

Berikutan itu, katanya, ketiga-tiga kertas siasatan berkaitan akan dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk ditutup.

Mohamed Apandi berkata beliau telah mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta maklum balas berkaitan klarifikasi dipohon sebelum ini berhubung satu kertas siasatan dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang dikemukakan kembali kepadanya SPRM.

Berhubung kertas siasatan dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion, Apandi berkata beliau berpuas hati berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen sokongan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri adalah merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi kepadanya tanpa apa-apa balasan.

Beliau berkata keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan SPRM menunjukkan dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri di antara 23 Mac 2013 dan 10 April 2013 berjumlah US$681 juta (RM2.08 bilion) adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Apandi berkata pihak SPRM sendiri dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada perdana menteri secara peribadi.

“Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.

“Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai perdana menteri,” katanya.

Apandi berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

“Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut,” katanya.

UTAMAEDITORIAL1MDB@NajibRazak tidak bersalah kes derma RM2.6 bilion, SRC International - Peguam Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium