PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    1MDB: Peguam Negara sedia bekerjasama dengan Switzerland

    apandi ali_peguam negara_derma politik

    Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Mohamed Apandi dalam satu kenyataan akhbar hari ini menyatakan pejabatnya sedia mengambil sebarang langkah yang perlu untuk mengadakan kerjasama dengan rakan sejawatnya di Switzerland mengenai kes tersebut.

    Bagaimanapun, Peguam Negara memberitahu akan melihat terlebih dahulu siasatan pihak Switzerland bersama dengan hasil siasatan pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan sewajarnya.

    Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Ketua Pendakwaraya Switzerland yang meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion).

    Kenyataan Peguam Negara berhubung siasatan Switzerland

    PEGUAM Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menyatakan komitmen pihaknya bekerjasama dengan penguat kuasa undang-undang termasuk di luar negara menerusi saluran sewajarnya, berhubung dakwaan membabitkan 1MDB.

    Ia merujuk kepada kenyataan Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, di Bern semalam, yang antara lain meminta kerjasama pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan berhubung dakwaan kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion) daripada dana 1MDB dikatakan disalah guna.

    Berikut adalah kenyataan penuh Peguam Negara yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.

    1. Saya mengambil maklum kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland, selain kenyataan merujuk kepada Peguam Negara Switzerland oleh sebuah akhbar Amerika Syarikat, berhubung siasatan ke atas dua bekas pegawai 1MDB.

    2. Pihak berkuasa Malaysia dan saya berusaha keras dalam mengumpul segala fakta berkaitan 1MDB yang membawa kepada pelbagai dakwaan terhadap syarikat itu. Itu adalah sebab mengapa beberapa siasatan sedang dijalankan termasuk oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Audit Negara.

    3. Pihak berkuasa Malaysia termasuk Pejabat Peguam Negara, komited untuk bekerjasama dengan semua entiti penguat kuasa undang-undang menerusi saluran konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang sah. Pada masa sama, 1MDB turut memberi kerjasama setiap kali diperlukan.

    4. Berhubung kenyataan terbaru Pejabat Peguam Negara Switzerland, pihak saya akan mengambil segala langkah perlu untuk membuat susulan dan bekerjasama dengan rakan dari Switzerland. Kami menunggu untuk meneliti hasil siasatan dan bahan diperoleh mereka menerusi saluran kebiasaannya.

    Semua bahan ini akan diteliti, seiring maklumat diperoleh pihak berkuasa berkaitan dan menerusi siasatan kami sendiri, sebelum menentukan tindakan selanjutnya.

    5. Siasatan berhubung isu derma kepada Perdana Menteri adalah berbeza dengan siasatan berkaitan 1MDB, walaupun ada laporan media menyatakan sebaliknya. Pejabat Peguam Negara mengkaji secara menyeluruh laporan disediakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seperti diumumkan, tiada bukti salah laku ditemui manakala kes berkenaan diarah ditutup.

    6. Sebarang percubaan oleh organisasi media untuk mengaitkan kedua-dua siasatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan menjejaskan keselamatan.

    Tan Sri Mohamed Apandi Ali

    Peguam Negara

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah