Enggan Terima Nasihat Jemaah Pemangku Sultan, Mukhriz Bakal Dipecat Esok - pakdin.my

mukhriz-pecat

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir bakal dipecat dari dari UMNO setelah enggan menurut kehendak parti agar meletak jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan muka baru.

Mukhriz telah dinasihatkan meletak jawatan berikutan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati majoriti Ahli Dewanan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional telah hilang kepercayaan terhadap beliau.

Sumber Istana menyatakan Jemaah Pemangku Sultan mendapat maklum balas dari ADUN-ADUN BN bahawa Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan Barisan Nasional.

Justeru Mukhriz akan dinasihatkan meletak jawatan bagi membolehkan perlantikan Menteri Besar yang baharu dapat dijalankan tanpa pertikaian undang-undang.

Sementara itu, UMNO dijangka memecat Mukhriz dari parti kerana ingkar keputusan Majis Tertinggi UMNO yang beesetuju dengan pertukaran Menteri Besar Kedah Jumaat lalu.

UMNO sebagai parti yang mendapat kerusi terbanyak dalam BN dan DUN Kedah berhak menentukan pelantikan Menteri Besar.

Keengganan Mukhriz melepaskan jawatan walaupun telah diarahkan oleh parti dan diperkenan oleh Istana boleh menimbulkan krisis Undang-Undang Tubuh Negeri.

Tidak pasti sama upacara angkat sumpah dapat dilakukan esok atau tidak.

Juga tidak pasti sama ada BN perlu mengemukakan undi tidak percaya di DUN Kedah atau Jemaah Pemangku Sultan boleh melantik MB baru tanpa melalui sidang DUN.

Ini kerana Jemaah Pemangku Sultan mempunyai 19 akuan bersumpah ADUN Kedah yang telah hilang kepercayaan kepada beliau. 19 merupakan majoriti mudah dalam DUN Kedah.

UTAMAPOLITIKEnggan Terima Nasihat Jemaah Pemangku Sultan, Mukhriz Bakal Dipecat Esok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium