BERITAPOLITIKMukhriz orang baik, ada masa depan (video)

Mukhriz orang baik, ada masa depan (video)

ahmad-bashah-mukhriz-baik

ALOR SETAR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah seorang baik dan mempunyai masa depan yang cerah jika terus bersama Umno dan BN.

Menteri Besar Kedah yang baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui mengenali Mukhriz dan pernah kerja bersama-sama ketika pilihan raya.

Beliau yang Timbalan Pengerusi Umno Kedah turut mengenali bekas MB Kedah itu secara peribadi.

“Secara peribadi, saya katakan Mukhriz seorang yang baik dan mengenalinya ketika sama-sama bekerja dalam parti.

“Saya tidak nampak kenapa kami tidak boleh bekerja sama lagi selepas ini jika masih dalam satu parti,” katanya pada sidang media di Pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku di sini.

Mengenai serangan politik dan peribadi terhadapnya sejak timbul kemelut kepimpinan Umno Kedah hampir dua minggu lalu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata berkata, itu adalah perkara dan tidak pernah berkecil hati mengenainya.

“Itu sudah menjadi lumrah dalam politik,” katanya sambil melahirkan rasa lega kerana kriss itu sudah selesai dengan baik.

Ahmad Bashah turut memaklumkan perlu melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta senator sebelum mengangkat sumpah jawatan MB.

“Saya perlu lepaskan jawatan senator walaupun belum tamat tempoh,” katanya.

https://youtu.be/cgC53z4CCeQ
 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami