back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Datuk Seri Junus Wahid, Bekas Speaker Perak meninggal dunia

    Datuk Seri Junus Wahid

    Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri Junus Wahid, 72, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh, jam 10.10 pagi tadi, akibat barah prostat.

    Allahyarham yang pernah menjadi EXCO kerajaan negeri dan juga bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, meninggalkan seorang balu Datin Seri Insah Daharun, 68, dan lima anak perempuan berusia antara 36 hingga 45 tahun.

    Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Khusairi Talib berkata, dia menerima panggilan telefon daripada isteri Allahyarham kira-kira 10.30 pagi tadi memaklumkan berita sedih itu.

    Menurutnya, Insah memaklumkan suaminya meninggal dunia akibat barah prostat yang sudah merebak sehingga menjangkiti tulang.

    “Saya mewakili UMNO Bahagian Tanjung Malim mengucapkan takziah kepada keluarganya dan amat sedih atas pemergiannya kerana Allahyarham banyak berjasa kepada rakyat dan negeri Perak sepanjang pembabitannya dalam politik,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini selepas solat Asar.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)