PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    KTMB Tingkat Kekerapan ETS Tampung Permintaan Sempena Tahun Baru Cina

    ets-tambahan-tahun-baru-cina-2016

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatkan kekerapan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) daripada 32 kepada 39 perkhidmatan setiap hari bermula hari ini.

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peningkatan itu akan ditawarkan sehingga 14 Feb bagi memenuhi permintaan tinggi perkhidmatan ETS sempena musim perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

    “Kebiasaannya 32 perkhidmatan ETS sehari tapi kami tingkatkan kepada 39 perkhidmatan untuk perayaan ini dan ia menunjukkan kami prihatin dengan keperluan pengguna.

    “Perkhidmatan ini yang meliputi laluan ke Ipoh, Butterworth, Padang Besar dan Gemas akan memberi keselesaan dan lebih selamat kepada penumpang untuk pulang ke kampung halaman berbanding menggunakan kenderaan di jalan raya,” katanya.

    Beliau bercakap pada sidang media selepas mengedarkan pek cenderahati sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada penumpang ETS di KL Sentral di sini hari ini.

    Liow berkata jika peningkatan itu menerima sambutan yang baik daripada pengguna, KTMB mungkin akan mengekalkan kekerapan itu untuk memberikan pilihan yang lebih banyak kepada orang ramai.

    Menurutnya, perkhidmatan ETS dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna sebagai pilihan untuk ke destinasi masing-masing dan kerajaan menerusi KTMB akan terus berusaha memantapkannya.

    Sementara itu, Presiden KTMB Datuk Sarbini Tijan dalam sidang media sama berkata, pihaknya turut menawarkan diskaun harga tiket 25 peratus dan 30 peratus kepada penumpang ETS sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

    Katanya, pemberian diskaun 25 peratus akan dinikmati penumpang yang mengambil perkhidmatan itu hari ini hingga Ahad bagi laluan Butterworth-KL Sentral serta pada 10 hingga 14 Feb bagi perjalanan KL Sentral-Butterworth.

    “Pemberian diskaun 30 peratus pula diberi bagi tarikh bermula hari ini hingga 14 Feb, terhad kepada beberapa laluan Butterworth-KL Sentral, Bukit Mertajam-KL Sentral dan Nibong Tebal-KL Sentral,” katanya.

    Katanya, pemberian diskaun itu adalah sebagai tanda penghargaan KTMB kepada para pengguna di atas sokongan berterusan mereka terhadap perkhimatan ETS.

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    乌雪警队老二升一哥 亚斯里走马上任

    DSP Mohd Asri pangku jawatan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah