Peristiwa menjadi pengajaran
More
    Peristiwa menjadi pengajaran

    Anak Lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi Derma RM2.6 Bilion - pakdin.my

    /

    Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan keterangan daripada penderma tersebut dan beliau sudah membaca laporan itu.

    1mdb-ag-sprm-src international

    Seorang anak lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi mendermakan wang RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

    Peguam negara itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penderma tersebut.

    “Kami tahu namanya. Beliau bukan Allahyarham Raja Arab Saudi tetapi anak lelakinya. Beliau masih lagi hidup,” katanya dalam satu temubual dengan Sin Chew Daily.

    Mohamed Apandi berkata pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan keterangan daripada penderma tersebut dan beliau sudah membaca laporan itu.

    “Mengapa orang bertanya sebab derma itu? Soalan ini perlu ditanya kepada penderma tersebut. Beliau mempunyai berbilion-bilion wang. Beliau mahu memberikan wang itu kepada sesiapa, jadi apa?

    “Ia adalah wang milik beliau. Ini adalah perkara peribadinya. Negara kita tidak mempunyai undang-undang yang menyatakan menerima sumbangan dana politik adalah salah disisi undang-undang,” katanya.

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah