2 parah, 2 cedera ringan akibat letupan mercun buatan sendiri

2 parah, 2 cedera ringan akibat letupan mercun buatan sendiri

mercun meletup dalam rumah

NIBONG TEBAL – Dua remaja parah manakala dua lagi cedera ringan pada bahagian tangan dan muka akibat letupan ketika cuba menghasilkan mercun buatan sendiri.

Dalam kejadian di Taman Terkukur Indah, di sini awal pagi ini, keempat-empat mangsa dikatakan sedang mencampurkan belerang beberapa jenis mercun untuk menghasilkan bunyi dan letupan yang lebih kuat.

Bagaimanapun, mercun yang cuba dibuat sendiri di dalam sebuah bilik rumah jenis pangsapuri lima tingkat itu tiba-tiba meletup sehingga turut memecahkan cermin tingkap rumah berkenaan.

Kesemua mangsa yang berumur 17 hingga 20 tahun termasuk seorang perempuan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap di sini, untuk mendapatkan rawatan.

–

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Budak nakal main mercun bakar sofa mahal, tuan rumah larang kanak-kanak datang beraya

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

[VIDEO] Polis cari individu main mercun dari tingkat 20 pangsapuri

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami