'Doktor Parlimen' Ditemui Selamat

'Doktor Parlimen' Ditemui Selamat

Pegawai perubatan kanan yang bertugas di klinik di bangunan Parlimen, Dr B. Sugumaran ditemui selamat di sebuah hotel di Pudu pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata pasukan petugas yang ditubuhkan untuk mengesan Dr Sugumaran mendapati beliau berada di hotel berkenaan.

Beliau dilaporkan hilang sejak awal Februari.

“Dr Sugumaran dapat dikesan oleh Task Force setelah membuat pemeriksaan di sekitar Pudu.

“Dijumpai kira-kira 7.30 malam, beliau menginap di sana sejak 16 Februari. Tak ada elemen jenayah,” katanya pada Jumaat.

Dr Sugumaran, 50, yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, telah ditempatkan di klinik di bangunan Parlimen sejak 10 tahun yang lalu.

Dilaporkan bahawa beliau tidak pulang ke rumahnya di Taman Sri Rampai, Setiawangsa, di sini, sejak 3 Januari lalu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terima kasih Azalina kerana tolong koordinasi gag order – Zahid

Wujudkan kerangka pengurusan Industri Emas Negara – Mohd Shahar

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami