Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
Utama22 Kereta, Dua Motosikal...

22 Kereta, Dua Motosikal Rosak Dirempuh Lori - pakdin.my

NIBONG TEBAL: Sebanyak 22 kereta dan dua motosikal yang diparkir di bahu jalan di kawasan Pasar Awam Taman Berjaya di sini, mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori dipandu seorang lelaki, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, pemandu lori berusia 30-an terbabit dikatakan ‘bertindak gila’ merempuh kereta dan motosikal tersebut selepas berang ekoran tidak dapat melalui jalan itu kerana terhalang oleh kenderaan berkenaan.

Seorang pemilik kereta dikenali sebagai Lam, 37, berkata orang ramai menjerit dan meminta pemandu lori berkenaan berhenti apabila melihat kejadian itu, namun tidak dihiraukannya.

Lam berkata dia dan isteri sedang membeli barang keperluan di pasar tersebut sebelum terdengar bunyi bising dan bergegas ke tepi jalan untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami semua menjerit ke arah pemandu lori itu agar berhenti tetapi dia terus memandu laju dan merempuh kenderaan di situ termasuk kereta Proton Wira saya yang turut rosak akibat kejadian berkenaan.

“Hampir setiap hari jika ke pasar ini, saya dan pemilik kereta lain akan meletak kenderaan kami di bahu jalan ini,” katanya di sini Ahad.

Seorang lagi pemilik kereta, Poo Sim, 34, berkata semasa kejadian dia dan anak perempuannya berusia lapan tahun, baru sahaja keluar dari kenderaan mereka dan sedang berjalan di bahu jalan berkenaan.

“Nasib baik kami sudah keluar dari kereta, kalau tidak mungkin saya dan anak cedera kerana Perodua Myvi saya turut dirempuh dan rosak di bahagian belakang termasuk pecah cermin belakang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata polis sedang menyiasat kejadian itu dan mengesan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati lori itu didaftar atas nama sebuah syarikat beralamat di George Town dan kami sedang mengesan pemilik syarikat serta pemandu kenderaan itu,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya menerima tujuh laporan daripada pemilik kereta yang mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh lori berkenaan.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883