1MDB : WSJ terus kitar semula dakwaan yang telah dibuktikan tidak betul

AS$1b Dalam Akaun Najib: 1MDB Nafi Dakwaan WSJ

1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali lagi menafikan ia terbabit dalam penyaluran dana ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin melaporkan deposit ke dalam akaun peribadi Najib berjumlah lebih AS$1 bilion (RM4.16 bilion), di mana penyiasat percaya ia berasal dari 1MDB.

“Ia telah diperjelaskan berulang kali oleh beberapa pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan beberapa penerbitan antarabangsa terkemuka yang mengesahkan bahawa dana itu dari Arab Saudi,” menurut 1MDB dalam satu kenyataan pada Selasa.

Syarikat itu berkata, WSJ terus mengulangi dakwaan sama yang terbukti salah, di mana penerbitan itu tidak menyediakan sebarang bukti konklusif bagi menyokong dakwaannya, dengan maklumatnya daripada sumber tidak bernama dan tanpa nama.

“Bersandarkan kepada sumber tanpa nama, yang mungkin wujud atau tidak, pihak Wall Street Journal mengkhianati standard kewartawanan asas dan tersasar daripada membuat laporan yang seimbang,” kata 1MDB.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...