DRAMA BARU PKR! MANIKAVASAGAM TUDUH SPRM DALANG DIA DITANGKAP RM30,000 #SPRM #Rasuah - pakdin.my

 

 

Manikavasagam nampaknya tidak serik dengan tangkapan SPRM pada 16 Jun lalu. Sejak dia dibebaskan dari tahanan reman nampaknya bermacam cara dia hendak “cover” dirinya berbanding menunggu siasatan kesnya selesai.

Itulah PKR!. Apatah lagi jenis Manikavasagam yang putar belit ini. Apakah rancangan Manikavasagam?

Kerana terdesak Manikavasagam telah membuat laporan polis pada 21 Jun 2016 ( Selasa) berhubung seorang LELAKI MELAYU yang kononnya diupah oleh SPRM mencampakkan wang RM30k itu dalam keretanya. Hebat 6 hari tangkapan barulah agaknya idea Manikavagam berkembang!

Dalam FBnya Manikavasagam juga memaparkan temuramah video ( Durasi 0:02) yang telah diedit dengan lelaki berkenaan. Kelihatan lelaki berkenaan seorang lelaki cina tidak sebagaimana dalam laporan polisnya.

Memandangkan kes ini sudah dilapor kepada polis maka kita serahkan pada PDRM dan SPRM memyiasatnya. Boleh anda tolong bayangkan. Kata Manikavasagam dia kenal lelaki ini tapi nama tidak tahu ( Wajah saya cam) dan dia tahu orang itu meletakkan duit dalam keretanya). Lihat cara teknikal yangManikavasagam ini mainkan!

Manikavasagam ini nampaknya memperbodohkan rakyat dengan persepsi. Dia lupa SOP SPRM semasa menangkapnya menerima RM30k itu cukup dengan bahan bukti rakaman video dll. Admin pernah diberitahu oleh mereka yang pernah melihat cara SPRM menangkap seorang yang terlibat rasuah di sebuah pasaraya dan betapa telitinya SPRM setelah menerima aduan sehingga menangkap seseorang yang terlibat dengan rasuah itu. MahukahManikavasagam SPRM menyiarkan video dia menerima rasuah itu dipertontonkan kepada khalayak?

Aduan mengenai Manikavasagam meminta rasuah bukan baru. Tentunya SPRM telah bersiap sedia sehingga mengetahui pergerakanManikavasagam, cara kerja, siapa yang dia temui dll. Tentunya SPRM mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwanya.

Apa lagi lakonan drama Manikavasagam selepas ini?

‪#‎PKRRasuah‬

UTAMABERITADRAMA BARU PKR! MANIKAVASAGAM TUDUH SPRM DALANG DIA DITANGKAP RM30,000 #SPRM #Rasuah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium