BERITAVIDEO: LOJI PENAPIS MINYAK PETRON DI PORT DICKSON TERBAKAR

VIDEO: LOJI PENAPIS MINYAK PETRON DI PORT DICKSON TERBAKAR

PORT DICKSON: Loji penapisan minyak milik sebuah syarikat petroleum terbakar di Batu 1, di sini, malam tadi.

Kebakaran berlaku pada 9.30 malam membabitkan paip penapisan petroleum yang bocor sehingga api menjulang setinggi kira-kira 10 meter.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerima panggilan pada 9.37 malam sebelum menggerakkan 33 anggota dan pegawai bersama tujuh jentera dari Balai Telok Kemang, Port Dickson, Seremban dan Seremban 2.

Anggota Bomba mengambil masa lebih sejam untuk memadamkan api sebelum berjaya dikawal sepenuhnya pada 11.15 malam.

Api berjaya dipadamkan dan dalam proses penyejukan.

Menurut penduduk berhampiran, M Suresh, 60, dia terdengar dua letupan sebelum melihat api menjulang.

“Terkejut mendengar letupan itu, saya keluar rumah dan melihat ada loji penapisan minyak terbakar. Saya bimbang seluruh loji berkenaan meletup.

“Ini kerana rumah saya terletak hanya 300 meter dari tempat kejadian,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami