UtamaDUNIASerangan Berani Mati Di...

Serangan Berani Mati Di Luar Masjid Nabawi, Empat Terkorban #Pray4Madinah - pakdin.my

RIYADH: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan berani mati di Arab Saudi pada Isnin, selepas berlakunya dua serangan di tempat lain di rantau ini, sebelum berakhirnya Ramadan.

Tiada pihak yang serta-merta mengaku bertanggungjawab untuk ketiga-tiga serangan, dengan yang terbaharu dilancarkan di bahagian luar Masjid Nabawi di Madinah, menyebabkan empat anggota pasukan keselamatan terbunuh dan beberapa yang lain cedera.

Sejak akhir 2014, Arab Saudi telah dilanda serangan bom dan tembakan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS) tetapi beberapa serangan pada hari yang sama, yang terdahulu berlaku di Qatif dan Jeddah adalah luar biasa.

Masjid Nabawi yang terletak di bahagian barat, adalah salah sebuah tempat suci bagi umat Islam, di mana makam Nabi Muhammad SAW terletak di sini dan menarik jutaan pengunjung setiap tahun.

“Pasukan keselamatan telah mengesyaki seorang lelaki yang sedang menuju ke arah Masjid al-Nabawi dan lalu di kawasan letak kereta pelawat,” kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

“Apabila mereka cuba menahannya, dia bertindak meletupkan dirinya dengan tali pinggang letupan yang dipakainya, menyebabkan dia dan empat anggota keselamatan lain maut,” kata kenyataan itu, sambil menambah lima lagi mengalami kecederaan.

Kementerian itu berkata, serangan maut di Madinah berlaku ketika solat Mahgrib selepas umat Islam berbuka puasa.
Pengeboman di Madinah dan Qatif pada Isnin berlaku serentak.

Dalam letupan di Jeddah, dua pegawai keselamatan cedera, kata Kementerian Dalam Negeri.
Penduduk Qatif berkata bahagian badan ditemui berhampiran sebuah masjid kumpulan Syiah dan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan ia adalah pengeboman berani mati sambil menjelaskan bahawa ‘bahagian badan tiga orang telah ditemui’ di lokasi itu tetapi identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

“Pengebom berani mati, pasti. Saya dapat melihat badannya terbelah,” kata seorang saksi serangan di Qatif.
Seorang lagi saksi, yang hanya mahu dikenali sebagai Ayman, memberitahu AFP bahawa berlaku dua letupan berhampiran masjid kumpulan Syiah.
Pengeboman pertama pada Isnin berlaku berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, telah dilakukan oleh seorang penduduk Pakistan yang kemudian dikenal pasti oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai Abdullah Qalzar Khan, seorang pemandu swasta berusia 35 tahun yang tinggal bersama isteri dan ibu bapanya di Jeddah selama 12 tahun.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, General Mansour al-Turki telah memberitahu saluran berita kerajaan, Al-Ekhbaria, bahawa pengebom berada lebih dekat dengan masjid di kawasan itu berbanding konsulat.
Kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan berkata bahawa sebahagian tali pinggang bahan letupan pengebom telah meletup.
Kedutaan AS di Riyadh melaporkan tiada kecederaan di kalangan kakitangan konsulat.
Pada Ahad, berlaku serangan di ibu negara Iraq, Baghdad yang mengorbankan lebih daripada 200 orang. Sebelum itu, pada Jumaat berlaku serangan di Dhaka, beberapa hari selepas lapangan terbang Ataturk di Istanbul diserang.

Sabda Nabi SAW menerusi hadis Sa’d bin Abi al-Waqqas RA:

لَا يَكِيدُ أَهْلَ الْمَدِينَةِ أَحَدٌ إِلَّا انْمَاعَ كَمَا يَنْمَاعُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ
Mafhumnya: “Tiada seorang pun yang membuat tipu daya terhadap penghuni Madinah (atau menakutkan mereka, atau mengingini kejahatan kepada mereka) melainkan dia akan hancur sebagaimana hancurnya garam di dalam air” [al-Bukhariy & Muslim].

Dari Jabir RA pula, Nabi SAW bersabda:

الْمَدِينَةُ كَالْكِيرِ تَنْفِي خَبَثَهَا وَيَنْصَعُ طَيِّبُهَ
Mafhumnya: “Sesungguhnya Madinah adalah seumpama alat peniup api si tukang besi, ia mengeluarkan yang tidak baik dan menimbulkan yang baik” [al-Bukhariy].

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...