UtamaPOLITIKPilihan Raya Tergempar Pulau...

Pilihan Raya Tergempar Pulau Pinang: "Kami Belum Diyakinkan" – PKR - pakdin.my

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum yakin dengan tujuan dan matlamat yang diberikan oleh DAP untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.

Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kepimpinan parti itu, bagaimanapun bersedia untuk membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan.

“Biro politik Keadilan telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.

“Biro politik Keadilan berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

“Namun, pimpinan Keadilan bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini,” katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di sini, malam Selasa.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata satu mesyuarat dengan pihak Pakatan Harapan akan diadakan di dalam masa terdekat tetapi ia tidak akan didedahkan kepada media.

“Kami telah berbincang tadi dan salah satu daripada perkara-perkara yang dibincangkan adalah cadangan untuk mengadakan pilihan raya tetapi kita perlukan penjelasan daripada kerajaan negeri mengenainya.

“Ini adalah satu perkara biasa. Kami tidak menolaknya, kami hanya mahu penjelasan,” katanya.

Keputusan untuk mengadakan pilihan raya di negeri itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada malam Isnin, menurut sumber-sumber Pakatan Harapan dari Selangor.

Tiada butir-butir mengenai mesyuarat itu, tetapi difahamkan enam pemimpin DAP pergi untuk membentangkan kes kepada Dr Wan Azizah di rumahnya Bukit Segambut, Kuala Lumpur selepas mesyuarat itu.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU