3 rentung kemalangan babitkan bas ekspres - pakdin.my

kemalangan-bas-kereta-3-rentung-2

RAWANG: Bomba mengesahkan tiga mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan kereta di Kilometer (KM) 447.7 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Rawang Selatan – susur masuk Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata mangsa yang rentung adalah pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang.

Bagaimanapun, katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan keadaan fizikal mangsa yang terbakar teruk.

“Setakat ini, kita belum tahu identiti mangsa tetapi, berdasarkan susuk tubuh kita percaya mangsa adalah orang dewasa,” katanya.

Kejadian jam 8.23 malam itu dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kereta jenis Proton Wira Aeroback, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Difahamkan, terdapat 15 penumpang di dalam bas berkenaan dan seorang pemandu namun, semua dilaporkan selamat.

kemalangan-bas-kereta-3-rentung

UTAMABERITA3 rentung kemalangan babitkan bas ekspres

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium