BERITARio 2016: Pandelela-Jun Hoong hadiahkan kilauan perak untuk negara

Rio 2016: Pandelela-Jun Hoong hadiahkan kilauan perak untuk negara

RIO DE JANEIRO: Pusat Akuatik Maria Lenk menghadirkan khabar ceria buat negara apabila gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

344.34 mata yang dikumpul Pandelela-Jun Hoong masih belum memadai untuk memintas peserta China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia apabila dipisahkan 9.66 mata.

Pemenang pingat emas itu mengumpul 354 mata, sementara gangsa menjadi milik gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion (336.18 mata)

Kejayaan itu mengatasi pencapaiannya di London 2012, apabila meraih gangsa dalam acara 10 meter platform.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami