Beregu campuran negara raih Perak di Olimpik - pakdin.my

bergu-campuran-pingat-perak-rio-2016

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas dalam aksi final di Pavilion 4 Riocentro, awal pagi Khamis.

Kekalahan kepada pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 14-21, 12-21 dalam masa 45 minit menyaksikan hajat mereka memenangi pingat emas lebur.

Bagaimanapun, Peng Soon-Liu Ying tidak harus menangisi kekalahan itu kerana kemaraan ke final satu kejayaan besar dan melakar sejarah penting.

Ini kerana belum ada beregu campuran negara mampu melangkah sejauh itu, apatah lagi memenangi pingat di Olimpik.

Malah Peng Soon-Liu Ying sendiri gagal melepasi peringkat kumpulan di London 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam tweet terbarunya kelihatan cuba menenangkan kedua-dua pemain tersebut sambil menyatakan Malaysia tetap berbangga dengan kejayaan mereka.

UTAMABeregu campuran negara raih Perak di Olimpik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium