Ops Cantas: Dua Dipercayai Ahli Kongsi Gelap Ditembak Mati - pakdin.my

ops-cantas-polis-tembak-penjenayah-frim

Dua lelaki yang dipercayai anggota kongsi gelap maut ditembak polis di Lebuhraya Selayang-Kepong di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 4 pagi apabila pihaknya melihat sebuah kereta yang mencurigakan ketika menjalankan Op Cantas Khas 2.

Beliau berkata pihak polis kemudian mengejar kenderaan berkenaan yang cuba melanggar sekatan polis.

“Ketika kami mengejar, suspek menghimpit dan melanggar kereta peronda polis sebelum ia terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

“Apabila kereta mereka terbabas, suspek keluar dan berbalas tembakan dengan anggota polis sebelum kedua-dua mereka cedera dan rebah di atas jalan serta meninggal,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mohd Adnan berkata pihak polis menemukan dua pucuk pistol yang satu daripadanya masih mempunyai enam butir peluru, 11 paket disyaki dadah, sembilan telefon bimbit dan sebuah beg dalam kereta berkenaan.
Mohd Adnan berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an dan dipercayai pernah terlibat dengan empat kes bunuh sebelum ini.

“Suspek dipercayai terlibat dalam empat kes pembunuhan di Lembah Klang termasuk kes tembak mati di Batu Caves pada bulan Mac lepas, namun kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

“Selain itu, kami turut menemui kad pengenalan milik individu lain bersama suspek dan bukan milik mereka. Bagaimanapun, kami akan membuat pengesahan cap jari pada mereka untuk mengenal pasti identiti sebenar mereka,” katanya.

Beliau berkata selain itu, suspek disyaki terlibat dalam kumpulan kongsi gelap dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengesan rekod jenayah lampau suspek.

UTAMABERITAOps Cantas: Dua Dipercayai Ahli Kongsi Gelap Ditembak Mati

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium