UtamaPOLITIK RPK Dakwa Mahathir...

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM - pakdin.my

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan Najib. Alasan utama ialah mengenai warisan wang yang kini sedang di ”parking” pada proksinya.

Itulah alasan yang didakwa oleh seorang penulis yang berkemampuan melakukan kerja risikan, iaitu Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenal sebagai RPK.

Walaupun penyokong Mahathir amat mempercayai berita dan laporan Sarawak Report serta Wall Street Journal yang berpangkalan di luar negara, namun hal yang sama tidak mereka beri kepada laporan yang dibawa oleh RPK, yang juga berpangkalan di luar negara.

RPK berulang kali mendakwa Tun Mahathir menyimpan wang ketika menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan wang itu diatas nama orang orang kaya yang dia pilih supaya tidak disyaki oleh rakyat kerana mereka adalah billionaire.

Jumlah yang dikatakan oleh RPK dalam hal ini dianggarkan bernilai RM100 billion. Manakala dakwaan Barry Wain dalam bukunya “Malaysia Maverick “pula sekitar RM200 billion.

Tun Mahathir pula tidak pernah menjawab atau mengulas lansung selama dakwaan ini dikatakan oleh RPK dalam kebanyakan penulisan beliau. Apakah kerana ada kebenaran? Kenapa Tun Mahathir enggan menyeretnya kepentas rakyat?

Kita rasa jumlah RM100 billion lebih munasabah apabila di kira “bailout bailout” dan kisah kehilangan wang dizaman Tun Mahathir seperti PERWAJA, pembelian semula MAS dari kroni Tun M, pembelian tanah KLCC dan juga “FOREX lost”.

Kesemua kehilangan dan kerugian serta pembelian semula MAS dan “bailout” PERWAJA tiada pernah diadakan siasatan.

Wang yang diberi kepada PROTON juga tidak pernah ada siasatan.

Berkaitan dengan ini, maka RPK mendakwa wang itu semua telah dialihkan kepada kroni dan proksinya untuk disimpan.

Kini Tun Mahathir dikatakan amat risau jika anaknya Mukhriz tidak mewarisi kuasa kerana para kroni dan proksi sudah mula tidak hirau dan tidak takut untuk melayan Tun Mahathir kerana dilihat Tun Mahathir semakin hilang cengkaman kuasa dan pengaruh.

Ahli perniagaan yang menjadi proksi Tun Mahathir hanya takut dan hormat kepada Tun Mahathir selama ini kerana mereka sangka Tun Mahathir masih berkuasa mencengkam pemimpin UMNO dengan memegang leher mereka.

Namun perkembangan kebelakangan ini sudah mula melihat Tun Mahathir sudah terhakis kuasa dari tangannya dan pengaruhnya sudah pudar, maka ini yang menyebabkan Tun Mahathir mesti menaikkan segera Mukhriz sebagai Perdana Menteri sebelum 2020 sampai.

“Case in point” adalah ketika Lim Kok Wing mahu beralih menyokong Datuk Seri Najib dan kerajaan lalu kemudian melompat semula kepada Tun M.

Tun Mahathir pula sanggup bercerita berkenaan dia banyak menolong LKW di dalam entri di blognya Chedet dibawah tajuk “Legasi”.

RPK berpendapat dengan Tun meletakkan kedudukan anaknya sebagai Perdana Menteri maka ianya akan dianggap Mukhriz boleh membuat sesuatu kepada proksi engkar.

Penulis RPK juga mendakwa isu 1MDB sengaja di “blow out of proportion” demi mengalihkan perhatian dan menjadi alasan serangan.

Seperti kata Menteri kewangan kedua Datuk Johari Abdul Ghani baru baru ini, jika ada pun masalah ia hanya masalah perniagaan yang lazim seperti syarikat syarikat yang lain. Seperti juga PROTON yang sehngga hari ini masih menagih wang rakyat untuk membayar vendornya.

Sambil itu Tun Mahathir terpaksa berlakon kuat dan gah dengan menyerang DS Najib untuk membuat “smokescreen” kepada kroni dan proksinya untuk menunjukkan dia masih berkuasa dan berbisa.

Benar juga kata RPK , semakin lama Najib bertahan , semakin kalut kelihatan Tun Mahathir.

Lama kelamaan rakyat akan mula sedar bahawa Najib mahu dijatuhkan bukan kerana 1MDB atau Save Malaysia, ia semata mata satu pembohongan di siang hari.

Ia sebenarnya, adalah untuk Save Mukhriz untuk “save wang” yang di letak diatas nama orang lain. Jika Tun M sudah tiada lagi dan Mukhirz belum jadi Perdana Menteri , maka ucap selamat tinggal lah kepada pencarian 22 tahun.

Itulah sebenarnya.

 

Berkaitan

Baca Juga

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...