Video: 5 Suspek Direman Tiga Hari Kerana Menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka - pakdin.my

https://youtu.be/m8ZoY3eZ-ro

Lima suspek yang menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, ibrahim saib ansar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ahad lalu direman selama tiga hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata kelima-lima suspek ditahan oleh pasukan khas yang ditubuhkan polis Selangor dalam serbuan berasingan di Perak dan Selangor bermula kelmarin sehingga semalam.

Tambah beliau, kesemua suspek yang berusia 25 hingga 56 tahun ditahan di rumah masing-masing.

3 daripadanya ditahan di Sungai Siput, Perak manakala dua lagi masing-masing di Rawang dan Dengkil, Selangor.

Polis katanya juga telah mengenal pasti 4 lagi rakan suspek dan gerakan memburu mereka giat dijalankan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh dan Akta Kesalahan Keselamatan, langkah-langkah khas, SOSMA 2012.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu dikatakan berlaku selepas Ibrahim Saib Ansar menghantar Menteri Industri Utama Sri Lanka, daya gamage di KLIA.

Berikutan kejadian, mangsa lebam di muka dan badan dan dihantar ke Hospital Gleneagles untuk menerima rawatan.

serang-pesuruhjaya-tinggi-sri-lanka.jpg

UTAMABERITAVideo: 5 Suspek Direman Tiga Hari Kerana Menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium