Fitnah sekolah hidang sekerat sosej, sehelai sayur RMT – Guru mohon maaf - pakdin.my

fitnah-makanan-tambahan-sekolah-1.jpg

PASIR MAS: Guru lelaki yang mendakwa menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah Kebangsaan (SK) Chica Tinggi, di sini, tidak berkhasiat dan berkualiti, Isnin lalu hingga menjadi viral, tampil memohon maaf di laman sosial Facebook, hari ini.

Menerusi tulisannya itu, guru lelaki berkenaan berkata, dengan penuh insaf dan rendah hati memohon maaf kepada semua pihak di atas laporan penulisan bergambar berhubung RMT di sekolah berkenaan.

“Setelah diteliti, saya dapati bahawa maklumat itu adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan keadaan sebenar (penyediaan RMT).

“Justeru itu, saya memohon maaf secara terbuka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas dan semua pihak.

“Selain itu, saya juga minta maaf kepada penendar kantin sekolah, pentadbir, guru dan kakitangan SK Chica Tinggi,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, dengan itu, dia menarik balik isu berkenaan daripada laman Web.

Menurutnya, dia mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD Pasir Mas yang menjelaskan kedudukan sebenar di media sosial.

Sebelum ini, guru berkenaan menyiarkan gambar menu RMT dengan menulis ‘sesudip nasi separuh sosej’ yang menggambarkan menu RMT untuk murid miskin dan menyebabkan tiada sambutan murid untuk menikmati hidangan percuma itu.

Tindakan guru itu menyebabkan gambar berkenaan menjadi viral dan hampir keseluruhan mengutuk pihak sekolah dan kantin kerana tidak prihatin.

Harian Metro hari ini melaporkan, Pengarah JPN Datuk Ab Aziz Abdullah, menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan gambar yang disiarkan itu dirakam ketika proses penyediaan hidangan dan bukannya menu sebenar.

fitnah-makanan-tambahan-sekolah.jpg

UTAMAPOLITIKFitnah sekolah hidang sekerat sosej, sehelai sayur RMT - Guru mohon maaf

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium