BERITATreler terbalik bertembung bas di Jempol

Treler terbalik bertembung bas di Jempol

JEMPOL: Sebelas penumpang bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila bas dinaiki terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan sawit di Kilometer 38 Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran Sungai Lui di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy berkata, dalam kejadian 12 tengah hari itu, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Melaka sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 40-an dari Bahau hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan bas.

“Kejadian itu mengakibatkan treler berkenaan terbalik. Namun, pemandunya hanya cedera ringan manakala pemandu dan penumpang bas tidak cedera,” katanya.

Menurutnya, kemalangan disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Jalan Raya 1959.

treler-terbalik-jempol-21.jpg

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami