Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKAPA YANG TIDAK DIDEDAHKAN...

APA YANG TIDAK DIDEDAHKAN OLEH KHAIRUDDIN, KEJADIAN SEBENAR KETIKA MAHATHIR MENGADAP AGONG - pakdin.my

Kisah Mahathir mengadap Agong semalam merupakan satu malapetaka dan jika orang tua itu tahu apa yang akan berlaku dia tidak akan menjadi begitu teruja untuk mengadap. Agong sangat cekap meletakkan Mahathir di tempatnya dan meninggalkan orang tua itu tiada ruang untuk keluarkan dirinya daripada perangkap.

Tun Dr Mahathir Mohamad merungut kononnya dia tidak dibenarkan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kerana baginda di bawah tahanan rumah. Untuk sekian lama Mahathir memohon untuk mengadap Agong dan akhirnya, hari ini, beliau telah mendapat perkenan.

Jika Mahathir tahu apa yang akan berlaku dia mungkin tidak akan begitu teruja mengadap dan tidak akan meraikan ‘kejayaan’ beliau awal. Pertemuan itu tidak menjadi sepertimana yang diharapkan oleh Mahathir atau menjadi seperti yang dirancang sebaliknya apa yang berlaku beliau terpaksa pulang dengan kekesalan dan rasa tersilap langkah.

Sudah tentu, bahagian ini tidak akan diberitahu oleh Khairuddin Abu Hassan kepada sesiapa. Khairuddin terpaksa berpura-pura bahawa ini adalah satu kemenangan bagi bossnya sedangkan Mahathir meninggalkan Istana dengan rasa terhina kerana dimalukan dan marah kerana dia secara tidak sedar masuk ke dalam perangkap tanpa mengesyaki bahawa upacara mengadap itu merupakan perangkap.

Perkara pertama yang ditanya oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kepada Mahathir apabila beliau menyerahkan ‘Deklarasi Rakyat‘ dengan 1.4 juta tandatangan adalah sama ada beliau dapat menjamin bahawa semua tandatangan adalah tulen. Mahathir jelas tidak bersedia untuk soalan tersebut ini dan tidak merangka jawapan terlebih awal membuat beliau agak terkejut dan terdiam seketika, untuk beberapa minit. Anda boleh melihat bahawa Mahathir mula mencari jawapan dan akhirnya, selepas terdiam beberapa ketika, beliau menjawab dan ini adalah jawapan beliau.

Antara jawapan beliau, Mahathir berkata beliau tidak dapat menjamin apa-apa kerana beliau  bukan orang yang mengumpulkan tandatangan tetapi dilakukan oleh orang lain dan ini adalah apa yang telah mereka serahkan kepadanya.

Agong kemudian hanya memberikan senyuman sinis kerana cara Mahathir menjawab tidak meyakinkan dan sudah tentunya tiada kesungguhan. Seri Paduka Baginda kemudian melihat Mahathir yang hanya memandang ke bawah dan tidak menyentuh  lebih lanjut mengenai ‘Deklarasi Rakyat‘ atau 1.4 juta tandatangan.

Kemudian Mahathir sedar sebab apa dia berjaya mendapatkan perkenan mengadap Agong apabila baginda bertanya sama ada Mahathir masih merasakan baginda sedang berada di bawah tahanan dalam rumah (under house arrest) . Mahathir tiba-tiba tersedar bahawa Agong berkenan menerima beliau mengadap untuk memberitahu yang baginda tidak berada di bawah tahanan dalam rumah.

Selepas itu Agong menukar subjek dan bercakap tentang perkara-perkara lain, kebanyakannya bercakap perkara kecil. Baginda enggan membenarkan Mahathir untuk bercakap mengenai politik atau yang berkaitan politik seperti 1MDB, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atau ‘Deklarasi Rakyat ‘.

Ia adalah jelas swlain bermaksud menunjukkan atau menimbulkan persepsi orang ramai, upacara mengadap Mahathir merupakan satu malapetaka dan tidak memenuhi objektif, untuk mendapatkan campur tangan atau penglibatan Agong bertujuan untuk menggulingkan Najib.

Seperti apa yang diperkatakan oleh Salleh Said Keruak, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain meneruskan Deklarasi Rakyat. Jika tidak, dia akan kehilangan rasa terhina sepanjang hayatnya. Itulah sebabnya dia mesti menyerahkannya ‘Deklarasi Rakyat‘  dengan 1.4 juta tandatangan kepada Agong.

Sekarang Mahathir boleh bercakap mengenai kejayaan walaupun kejayaan yang sebenarnya adalah semata-mata mengadap Agong tanpa mendapat sokongan daripada Agong dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Tetapi ini adalah politik, politik pelbagai cara  – permainan persepsi untuk membuat ia kelihatan seperti anda memenang walaupun kalah. Dan dalam hal ini Mahathir memang sangat licik, menjadikan ia kelihatan seperti anda telah berjaya walaupun anda telah gagal. Dan itu melibatkan kos sebanyak RM200 bilion kerana Mahathir ‘berjaya’ dalam membangunkan Malaysia datang pada harga yang sangat tinggi sekali.

Raja Petra Kamarudin
http://www.malaysia-today.net/what-khairuddin-did-not-reveal-regarding-mahathirs-meeting-with-the-agong/

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490