25 Cedera Insiden Letupan Di New York - pakdin.my

20160918-bomb-chelsea-new-york-jpg

NEW YORK: Seramai 25 orang dilaporkan cedera ringan dalam kejadian letupan di kawasan penempatan Chelsea di sini pada malam Sabtu.

Jurucakap polis, J. Peter Donald berkata, letupan terbabit berlaku kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan di West 23rd Street yang terdapat banyak restoran.

Jelas beliau, beberapa mangsa dibawah ke hospital untuk rawatan lanjut dan Jabatan Bomba mengesahkan tiada kecederaan yang boleh membawa maut.

Tiada butiran lanjut mengenai kerosakan yang dialami akibat kejadian itu dan punca sebenar letupan masih belum diketahui.

Insiden tersebut berlaku beberapa jam selepas sebutir bom paip diletupkan di Seaside Park, New Jersey ketika beribu-ribu peserta acara maraton amal bersiap sedia memulakan larian.

Insiden tersebut menyebabkan acara itu dibatalkan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan berhubung kejadian letupan itu masih lagi disiasat.

UTAMADUNIA25 Cedera Insiden Letupan Di New York

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium