BERITAPOLITIKAzahari Sairin, Setiausaha MDKS meninggal akibat demam denggi

Azahari Sairin, Setiausaha MDKS meninggal akibat demam denggi

20160920-azahari-sairin-mdks-meninggal-dunia

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin, meninggal dunia kira-kira jam 8 malam tadi ketika dirawat di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, akibat demam denggi.

Allahyarham Azahari, 52, dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Sabtu lalu selepas mengalami demam panas.

Beliau meninggalkan seorang balu, Azlina Mohd Noor, 50, dan tiga anak, dua perempuan dan seorang lelaki berusia 17 hingga 27 tahun.

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan, mengesahkan kematian Azahari.

Difahamkan, jenazah Azahari akan dibawa pulang ke kediaman rasminya di Kuarters MDKS malam ini dan akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di kampung halaman Allahyarham di FELDA Gedangsa, kira-kira jam 12.30 tengah hari esok.

Allahyarham berkhidmat di MDKS selama 11 tahun sejak Ogos 2005.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami