BERITAMati ditembak polis bukan oleh penceroboh

Mati ditembak polis bukan oleh penceroboh

SUSPEK terbaring dengan kesan tembakan di tepi jalan Kampung Merabung, Lahad Datu. FOTO Hazsyah Abdul Rahman

LAHAD DATU: Lelaki mati ditembak polis di Kampung Merabung, dekat sini, pagi tadi dan bukan ditembak penceroboh seperti yang diviralkan dalam laman sosial.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, Ronald Engliong, 40-an, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad akibat kesan tembakan di tubuhnya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengatakan suspek bertindak agresif dan cuba mencederaan orang awam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota polis yang cuba menenangkan mangsa dibaling objek keras sehingga seorang anggota polis cedera di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Susulan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan lalu mengenai tubuh lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek dipercayai meninggal dunia di Hospital Lahad Datu dan polis masih menjalankan siasatan.

Terdahulu, kejadian itu mengundang kontroversi susulan viral kononnya suspek mati ditembak penceroboh sehingga mencetuskan panik di daerah berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Anggota Polis Peronda Sempadan ke-43 maut ditembak di sekatan jalan raya Yala

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami