Mayat wanita dikhuatiri dibaham buaya di Kinabatangan sudah jumpa

Mayat wanita dikhuatiri dibaham buaya di Kinabatangan sudah jumpa

Mayat wanita dikhuatiri dibaham buaya di Kinabatangan sudah jumpa

KINABATANGAN: Mayat wanita warga Filipina yang hilang dipercayai dibaham buaya di anak sungai Ladang Genting Mewah di sini, pagi semalam, ditemui awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Rantey Fred berkata, mayat mangsa ditemui pekerja ladang berkenaan, kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa hilang kira-kira 2.30 pagi.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik, malah tiada tanda bekas gigitan buaya.

“Mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Kinabatangan.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, Nuhaina Juhairi Uto, 22, dilaporkan hilang disyaki disambar buaya ketika sedang memungut kelapa sawit di tebing terusan dalam ladang berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag Pada 24 Jan 2026 – SPR

🎦 Buaya muncul di jeti Puteri Harbour

Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’

[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami